Tuesday, May 19, 2009

Mesti dimiliki....Ibu Madrasah Pertama Ku.

”Tiada rehat selagi hidup, tiada pencen sebelum mati. Kerana hidup kita sentiasa berjuang dan kita mesti kaya untuk menolong orang lain.”

Ayat dipetik dari kata-kata ibu Ir Endok Sempo di dalam Buku Ibu Madrasah Pertama Ku...



Menjadi sumber inspirasi dan kekuatan untuk dimulakan perniagaan online ini.

Moga-moga anak-anak kita juga akan meng
enang kita sedemikian rupa....

Anda juga boleh mengutip mutiara berharga dari buku yang amat istimewa ini.


IBU MADRASAH PERTAMA KU

Nama Buku : Ibu Madrasah Pertama Ku
Penyusun : Roha Hassan
Penerbit : Tinta Ori Enterprise
Usaha sama : Wanita JIM Pusat dan Tinta Ori Enterprise
Editor : Nazirah Idris dan Roha Hassan
Tebal Buku : 306 muka surat
Harga : RM25 sahaja / RM28 untuk Sabah dan Sarawak (tidak termasuk wang pos)

SMS 013-2096373 atau emel ummuanas1993@yahoo.com untuk dapatkan buku ini.


Ibu Madrasah Pertama Ku adalah Sebutir Permata

Ibu Madrasah Pertama Ku! Begitulah indahnya tajuk buku ini. Namun ia tidak seindah kasih sebenar seorang ibu. Namun kami yakin buku ini mampu membuatkan anda tersenyum disirami kasih ibu atau ketawa terkenangkan kisah lama atau menangis mengenangkan wajah ibu yang kini sudah berkedut dimamah usia atau mengalir air mata dek kerinduan pada bonda tercinta.

Anggaplah buku ini sekadar sebutir permata. Bukan yang terbaik tapi cahayanya cukup untuk menyuluh kehidupan generasi kita dan selepas kita dalam melalui liku-liku kehidupan sebagai seorang insan soleh wa musleh.

Tips daripada ibu madrasah pertama ku ini akan memberikan kita pelbagai pengajaran suka duka seorang ibu mendewasakan anak-anaknya. Sudah tentu tips tersebut dapat pula dimanfaatkan oleh kita untuk menyantuni anak-anak dan generasi muda di zaman kita dan akan datang.

Buku ini mengandungi kisah dua puluh tiga orang ibu membesarkan anak-anak yang kini sudah berjaya di bidang masing-masing.

Kerana kebahagiaan dan kejayaan yang mereka kecapi hasil sentuhan ibu, kini mereka ingin berkongsi dengan kita semua. Khususnya anda para pembaca. Banyak sekali kebaikan dalam bentuk pesanan atau perkongsian daripada para penulis tentang ibu masing-masing untuk kita ambil manfaatnya.

Mari kita hayati bersama setiap keindahan yang dinukilkan dalam buku, Ibu Madrasah Pertama ku ini.

Kandungan Buku

Bahagian I :
1) Fight For Your Right
Anfaal Saari

”Mama sentiasa tegas mengingatkan aku dan adik-adik untuk berani bangkit memperjuangkan hak kebebasan Ayah. Pengalaman ini mendidik kami adik-beradik menjadi lebih peka dan sensitif dengan hak-hak kami. Hak sebagai pengguna, sebagai mahasiswa dan sebagai warganegara.”...Fight For Your Right!....

2) Biar Miskin Dunia, Tapi Kaya di Akhirat Sana!
Anita Ali

“Tak apa kita miskin dunia, tetapi biarlah kita kaya di akhirat sana! Kita bukan orang kaya tetapi emak percaya satu hari nanti “Chek” pasti akan keluar juga dari kampung kita. Pada masa itu, “Chek” pasti akan tengok “dunia” di luar sana!”

3) Ibu! Oh Ibu! Engkaulah Ratu Hatiku
Azlina Isa

“Long, zikrullah nak ye, istiqamah, usrah jangan tinggal dan jalankan amanah yang Allah berikan dengan ikhlas dan jujur, istighfar dan selawat selalu. Buat baik dan bantu orang yang minta tolong. Jangan buat salah dengan orang. Biar dan maafkan orang yang buat salah kat kita. Kita jangan balas kejahatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segalanya dan biarlah Dia yang uruskan segalanya”.

4) Sikap Optimis Mu Pendorong Kejayaan Ku
Azlina Roszy Mohamad Ghaffar

”Emak adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan ku seperti apa yang aku jadi pada hari ini. Emak adalah seorang yang berfikiran positif dan optimis. Dengan sikap sedemikian, emak sering mendorong dan memberikan respons yang positif dan optimis dalam apa jua permasalahan hidup yang aku hadapi”.

5)Emak Aku Adalah ‘Women Of Substances’
Ir. Endok Sempo Mohd Tahir

”Tiada rehat selagi hidup, tiada pencen sebelum mati. Kerana hidup kita sentiasa berjuang dan kita mesti kaya untuk menolong orang lain.”

6)Ibu Madrasah Tarbiah Ku Yang Pertama
Fakhrul Anuar Zulkawi

"Tidak mampu ku gambar dan ungkapkan pengorbanan ibu dengan hanya sekadar lembaran penulisan ini. Namun, ku abadikan penulisan ini sebagai menunjukkan kasih sayang ku pada ibu yang tercinta. Kami bersyukur mempunyai ibu sebegini dan sudah pastinya ibu pula bertuah memiliki ayah yang berwawasan dan penyayang yang sentiasa berada di sisi. Ibu bukanlah seorang yang ternama apalagi berpendidikan tinggi namun jasa dan pengorbanan beliau bersama ayah mendidik ku serta adik-beradik ku yang lain sungguh tidak ternilai”.

Di atas adalah sebahagian dari isi kandungan buku yang mesti anda miliki dan baca.